Wednesday, January 25, 2012

RIBUT GEOMAGNET MELANDA BUMI

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Pagi ni di opis aku terbaca tentang artikel mengenai Ribut Geomagnet di laman web tv3 yang bertarikh 24 Januari 2012. Bila google plak memang banyak cerita mengenai ribut ni. Almaklumlah, duduk opis baru nk baca berita. Kat umah main game je...
Berbalik kepada cerita ribut ni, aku terkedu bila cerita ribut ni dikaitkan dengan Hari Kiamat 2012. Terbayang semua dosa, salah silap dan perbuatan yang aku lakukan selama ni. Dah ini yang dikira di padang mashar nanti. Buat baik dah tentu dapat pahalanya... Bukan nak percaya tapi aku seringkali terleka dengan nikmat dunia hingga terlupa ini semua hanya pinjaman sementara Allah kepada kita.
Ribut ini sebenarnya telah melanda bumi pada tahun 1959 tetapi masa tu barang elektrik taklah banyak sangat. Kalau berlaku sekarang ia mampu mengucar-kacirkan penduduk bumi. Yela, kita semuanya bergantung dari alat elektrik kan. Tetapi ia berlaku jika grid elektrik bumi terjejas... Sama-sama lah kita mendoakan yang terbaik untuk kita semua..amin yarabbil a'lamin..
Cerita selanjutnya di sini. Aku share dari blog pemilik ni sebab ayat dia je senang aku nak paham..kat web lain guna bahasa sains hihihi... Kat sini pun aku ada copy paste kan untuk memudahkan korang..

Gambar yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.
" WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Ribut geomagnet paling kuat dalam enam tahun dijangka akan melanda bumi pada bila-bila masa.Ia berikutan lentingan jisim korona mendadak dari atmosfera matahari yang menghala ke bumi dikesan sejak 2 hari lalu.
Menurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.
Fenomena ini juga menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak.
Jika berlaku, frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.
Beberapa syarikat penerbangan dinasihatkan mengubah laluan udaranya.Ribut geomagnet berkenaan dijangka berkekuatan sederhana, tahap dua atau tiga daripada skala 5.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi "

No comments:

Post a Comment